Pertama Kali Terlibat Mesyuarat PIBG

Salam macho semua..
Hari ini merupakan kali pertama abangmacho hadir ke mesyuarat PIBG..
anak sulong dah masuk darjah satu jadi barulah merasa..macam mana gayanya mesyuarat ni.
Sedar tak sedar, anak dah semakin membesar..kejap jer dah 7 tahun huhu..rasanya macam baru jer daftar sekolah pasti anak sulong.
Datang dah la lambat, ingatkan start pukul 9pg..pukul 8.30 tu ydp dah start berceloteh disusuli dengan abang pengetua yang segak berbaju merah pada hari ini..
Malas betul nak dengar talk yg protokol2 ni, abangmacho dpt kupon makan kita sapedekk dulu..
Mak aiii kuih kat gerai jualan ni 50sen satu..nak kata besar tu tak lah besar..sbb dpt kupon free diam jer lah, yg penting perut abangmcho kenyang pagi ni..
Lama juga 2 abang kuat persatuan ni bercakap..tak layan sangat content dulu kini selamanya tu...yg penting abangmacho nak tahu isi meeting yg pertama kali hadir ni..
Fuh berasap juga nak jadi YDP PIBG ni..bertalu2 soalan maut dari parents..tp relax dan macho jer abang YDP ni jawab dan taichi..
Tak juga hebatnya abang pengetua sekolah yang segak bergaya menerima soalan2 pedas yg boleh panas bontot kalau org yg biasa terima..
Mana taknya, dengan prasana sekolah, keselamatan murid2, dana2 untuk jalankan aktiviti, anak2 bermasalah, makanan di kantin yg katanya mahallah, dan macam2 lagi lah..
2 org abang yg kuat ni dengan tenang jawab semua soalan2 tu tanpa miss..
Brother kat sebelah abangmacho ni, dari awal asyik2 komplen2..itu tak kena, result upsr tak bentangkan, naper x breakdown result upsr ni..adoii perlu ker abangmacho kena jadi mcm brother poyos ni..huhu..klu secara zahirnya, pening abang YDP dan abang pengetua ni nak uruskan persatuan..hoho
By the way, abangmacho dapat attend mesyuarat pibg ni sampai habis..pukul 1.15pm jugalah habisnya..
Teringat dulu masa abangmacho attend meeting kerajaaan yg penuh protokol kiki..sekarang meeting, tgk figures dan table jer dan action current dan action plan..dah settle!!..
Secara rumusannya, persatuan perlu memenuhi dan menjaga kehendak pelanggan (parents) supaya produk (anak2 murid) berada dalam keadaan kualiti yang tinggi dan selamat..jadi badan pengurusan dan perlaksana memastikan visi dan misi ni tercapai..adoii tiba2 ayat skema akak setiausaha..
Abangmacho ni sempoi jer!!!